KANAK-KANAK ANUGERAH ILAHI
MAKA JAGALAH MEREKA DENGAN SEBAIKNYA SUPAYA BERJAYA MENJADI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI
Halaman
Selasa, 25 Ogos 2015
Perbezaan Pasti, Tadika, Tabika dan Prasekolah
Pasti, Tadika, Tabika dan Prasekolah sangat berkait rapat dengan
kanak-kanak dan pengendali premis.Mari kenali perbezaannya.....
PASTI ialah institusi pendidikan yang ditubuhkan sebagai pilihan kepada
masyarakat yang cintakan pendidikan Islam. Walaupun ia adalah pendidikan
pra sekolah, PASTI tetap memainkan peranan yang penting dalam memberi
alternatif pendidikan Islam kepada masyarakat. Visi PASTI cukup jelas
iaitu melahirkan insan yang beriman dan beramal soleh . Kurikulum PASTI
dibangunkan untuk mencapai matlamat 5M iaitu membaca, menulis, mengira,
menghafal dan mengamalkan ilmu yang dipelajari.
Peringkat seterusnya pula adalah TADIKA adalah singkatan kepada Taman Didikan
Kanak-Kanak iaitu peringkat pra sekolah.Tadika boleh didefinasikan
sebagai “mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak
berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah.” Penubuhan
Tadika swasta perlu didaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), iaitu di
bawah Unit Pendidikan Swasta. Oleh itu, semua hal berkaitan dengan
tadika swasta perlu dirujuk kepada Jabatan Pelajaran Negeri (dulu dikenali
sebagai Jabatan Pendidikan Negeri).
Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS
dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) merupakan program
yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4
hingga 6 tahun.Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain' yang diselaraskan
dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan
mencuba. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai
kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). Ini
bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak menguasai
kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima
pendidikan formal di sekolah rendah kelak. Sementara di sekolah-sekolah kerajaan pula lebih dikenali
sebagai PRASEKOLAH. Peringkat umur pula di antara 4 hingga 6 tahun. Juga
bertujuan memberi pengalaman awal kepada kanak-kanak sebagai persediaan
untuk memasuki persekolahan arus perdana.Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan
"Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti
kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Keunikan prasekolah yang
dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang
berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual.
Pendedahan terhadap aktiviti ini dapat menyediakan asas yang kukuh bagi
pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.
Thank you so much..this information help me a lot❤️
BalasPadamTerima Kasih
BalasPadamTq
BalasPadamTq
BalasPadamOk..thank
BalasPadamTq info nya
BalasPadam