Halaman

Ahad, 30 Ogos 2015

Mari Kenali Pemilihan Warna yang Sesuai untuk Kanak-Kanak


Kesan Warna Universal

Biasanya anak perempuan lebih sesuai dengan pilihan warna lembut seperti merah jambu, hijau muda, ungu lembut kerana ia memberikan impak feminin dan lemah lembut.
Sementara untuk anak lelaki pula, pemilihan warna biru, kelabu, hijau sesuai dengan karakter mereka selain menyenangkan mata orang lain yang memandang.



  
 Merah : Dinamik, bersemangat, merangsang, aktif, kuat, hangat, agresif.
Tetapi bila terlalu banyak warna ini dapat menimbulkan kemarahan, tekanan, ketidaksabaran, ugutan, dendam dan suasana kelam kabut.

Sebaiknya, jangan digunakan untuk bilik bayi (di bawah usia setahun).





Kuning : Warna yang susah ditangkap mata, ceria, hangat, dan bertenaga.
Bagaimanapun warna ini kurang sesuai untuk bilik tidur anak kerana terlalu terang akan menyebabkan silau dan sukar untuk beristirehat.





Biru : Warna yang paling nyaman untuk mata, menenangkan, aman, menerima, sabar.
Terlalu banyak warna biru dipercayai dapat menyebabkan rasa dingin dan membuat anak jadi pasif. Jika ingin menggunakan warna biru, pilih yang warnanya tidak terlalu pucat sehingga tak terasa kesan ‘dinginnya’.




 Oren : Percaya diri, ramah, penuh keceriaan.
Pemilihan warna oren di bilik tidur membuatkan anak selalu terjaga, sebaiknya ia harus dikombinasikan dengan warna lain. Jika terlalu banyak oren, boleh menjadikan ruangan terlalu gelap sehingga memerlukan banyak cahaya perlu masuk.






Hijau : Rileks, sepi, semula jadi, menenangkan dan kelihatan pemalu.
Jika terlalu banyak hijau, ia akan menjadikan anak seorang yang malas. Untuk mengurangkan kesan negatifnya, hijau perlu digabungkan dengan merah atau oren.




Ungu : Boleh meningkatkan imaginasi anak dan kreativiti.
Tapi terlalu banyak terdedah pada warna ungu juga boleh membuat mood anak terganggu dan menyebabkan anak terlalu ingin berkuasa.







Lilac : Menyentuh spiritual.
Jangan gunakan rona lilac di bilik tidur anak lelaki kerana boleh membangkitkan sifat feminin. Untuk mengelakkan rasa hambar, padukan ia dengan warna hitam atau perak.



Rabu, 26 Ogos 2015

Permainan Mengikut Tahap Perkembangan Kanak-kanak


“Bermain” boleh di definisi sebagai cara kanak-kanak belajar tanpa diajari oleh orang dewasa melalui pengembaraan dan pengalaman yang melibatkan komponen fizikal, kognitif dan sosial secara spontan.
Tahap dan Jenis Permainan
Permainan boleh diketogerikan kepada 5 jenis permainan mengikut tahap umur kanak-kanak.
UMUR
JENIS PERMAINAN
HURAIAN
0 - 2 tahun
Permainan Solitari / Individu
Situasi dimana kanak-kanak bermain seorang diri.
Contoh:
0 - 6 bulan :
  • Memasukan barang ke mulut
  • Mencapai, mengutip dan mengenggam
    mengunakan tangan.
  • Bermain sendiri mengunakan permainan seperti rattle.
        
6 - 12 bulan :
  • Melihat dan meniru.
  • Pergerakan mengulang seperti menepuk tangan, membuang permainan.
  • Suka permainan mudah peek –a- boo.
  • Meneroka permainan mengunakan tangan dan mulut.
12 - 18 bulan:
  • Mengetuk dua barang / objek dan mengenalpasti bunyi.
  • Mengulang perbuatan
  • Bermain dan bercakap seorang
     
18 – 2 tahun:
  • Belajar mencuba dan melakukan kesalahan
  • Meniru gaya permainan kanak-kanak lain atau  orang dewasa
  • Melihat kanak-kanak lain bermain tetapi tidak mengambil bahagian
  • Suka bermain dengan orang dewasa.
  • Suka permainan yang berulang seperti meletak dan mengeluarkan objek serta menselerakan.
2 – 2.5 Tahun
PermainanSpectator
  • Situasi dimana kanak-kanak menonton atau melihat kanak-kanak lain bermain.
2.5 – 3 Tahun
Permainan Selari
  • Situasi dimana kanak-kanak bemain bersebelahan atau dalam kumpulan yang sama dengan mengunakan permainan yang sama tetapi tidak berinteraksi antara satu sama lain.
      
3 – 4 Tahun
Permainan Asosiatif/ Perkongsian
Situasi kanak-kanak mula bermain bersama dengan mengembangkan kemahiran berinteraksi semasa bermain.
Contoh:
  • Mengenal pasti bentuk, huruf dan warna
  • Cuba menyelesaikan jigsaw puzzle yang mudah.
  • Bermain bersama kanak-kanak lain.’
  • Suka bertanya dan mendapatkan kepastian seperti kenapa dan bagaimana.
      
4 – 6 Tahun
Permainan Kerjasama
Situasi dimana kanak-kanak berinterksi, mengambil bahagian dalam permainan, berkongsi, berkerjasama, berunding dan membuat keputusan dalam pemilihan permainan.
Contoh:
  • Belajar menggunakan dan mempelajari penggunaan simbul dalam penulisan dan bacaan.
  • Menunjukkan kefahaman berdasarkan pengalaman yang dialami.
  • Faham arahan dan undang-undang mudah dalam permainan.
  • Menunjukan sikap kerjasama, menunggu giliran dan gembira dalam permainan.
      

Selasa, 25 Ogos 2015

Perbezaan Pasti, Tadika, Tabika dan Prasekolah

Pasti, Tadika, Tabika dan Prasekolah sangat berkait rapat dengan kanak-kanak dan pengendali premis.Mari kenali perbezaannya.....


  PASTI ialah institusi pendidikan yang ditubuhkan sebagai pilihan kepada masyarakat yang cintakan pendidikan Islam. Walaupun ia adalah pendidikan pra sekolah, PASTI tetap memainkan peranan yang penting dalam memberi alternatif pendidikan Islam kepada masyarakat. Visi PASTI cukup jelas iaitu melahirkan insan yang beriman dan beramal soleh . Kurikulum PASTI dibangunkan untuk mencapai matlamat 5M iaitu membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamalkan ilmu yang dipelajari.


Hasil carian imej untuk tadika 

Peringkat seterusnya pula adalah TADIKA adalah singkatan kepada Taman Didikan Kanak-Kanak iaitu peringkat pra sekolah.Tadika boleh didefinasikan sebagai “mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah.” Penubuhan Tadika swasta perlu didaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), iaitu di bawah Unit Pendidikan Swasta. 
 Oleh itu, semua hal berkaitan dengan tadika swasta perlu dirujuk kepada Jabatan Pelajaran Negeri (dulu dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Negeri). 


 


 Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) merupakan program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain' yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). Ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah kelak.




Sementara di sekolah-sekolah kerajaan pula lebih dikenali sebagai PRASEKOLAH. Peringkat umur pula di antara 4 hingga 6 tahun. Juga bertujuan memberi pengalaman awal kepada kanak-kanak sebagai persediaan untuk memasuki persekolahan arus perdana.Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini dapat menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.

Sabtu, 22 Ogos 2015

definisi pendidikan awal kanak-kanak

  • Pendidikan ini termasuk program-program untuk bayi,  kanak-kanak yang baru bertatih, dan program-program prasekolah yang termasuk sekolah asuhan kanak-kanak dan peringkat sekolah rendah (Azizah Lebai Nordin,  2004).
  • Pendidikan di peringkat kanak-kanak juga meliputi segala pengalaman dalam kehidupan hariannya sama ada di pusat asuhan, rumah atau luar rumah.
  • Pendidikan awal kanak-kanak ialah asas kepada pembinaan kekukuhan sesuatu bangsa dan pemangkin kepada visi wawasan hala tuju negara.